Followers

July 27, 2011

Singapura Tidak Gentar dengan Harimau Malaya

sumber : Kosmo Online

Assalamualaikum...Salam 1 Malaysia.... : )

huih....nampaknye...Singapura rasanya tidak gentar untuk berentap dengan 
Skuad Bola Sepak Malaysia....Harimau Malaya....

keratan daripada Kosmo Online....

.............................................................................................................................

JURULATIH Singapura, Radojko Avramovic tidak menganggap beraksi di atas rumput sebenar di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok sebagai satu masalah besar buat anak-anak buahnya.

Bagi pengendali dari Serbia yang lebih mesra dipanggil Raddy itu, para pemainnya tidak hanya mampu beraksi baik di atas rumput tiruan sintetik seperti di Stadium Jalan Besar yang menjadi kelebihan mereka ketika menundukkan Malaysia 5-3 pada Sabtu lalu.

"Tak semestinya beraksi di padang rumput, kelebihan akan menjadi milik pasukan Malaysia pula. Kebanyakan pemain kami juga sebenarnya sudah biasa dengan rumput sebenar dan ia bukanlah masalah besar.

"Berkelebihan dua jaringan, kami tetap akan turun dengan me- nganggap ini satu perlawanan baru. Setiap perlawanan pasti kami akan cuba mendapatkan sebanyak mana gol," katanya ketika ditemui selepas sesi latihan di Padang Pusat Latihan Maybank, Bangi malam tadi.

.............................................................................................................................


haaa...amacam...dari keratan ni kita da boleh tgk....
nmpaknya Skuad Bola Sepak Singapura....tidak gentar untuk berentap....
dengan pasukan kita....

apa-apa pun....harap Skuad Harimau Malaya dapat beraksi dengan cemerlang
pada esok hari....Insyaallah....dengan semangat penyokong-penyokong Malaysia
Harimau Malaya akan berjaya.... : )

Berita Selanjutnya : Kosmo Online-Singapura anggap tiada masalah

~mr.Monkeyz~

No comments: