Followers

June 30, 2011

Pencarian Bakat Terpendam...!!!

Assalamualaikum....Salam 1 Malaysia... : )

Hari ni aku buat entry bukan sebagai Crazee BooBoo...
tapi sebagai salah seorang crew dari Prince.Studio Production( PSP )
okay la....tak perlu cakap banyak....

Nak Jadi Ahli Production Kami....!!!

okay...meh sini...aku cerita kan serba sedikit tentag production ni....
production ni ditubuhkan pada awal tahun 2011...
objektif kami...menghasilkan rakaman video dalam High Definition( HD ) dan kami juga merancang untuk menghasilkan beberapa short vid....

okay... : )
kami hendak mencari bakat-bakat terpendam untuk dijadikan
sebagai ahli production kami....untuk meramaikan lagi crew...
kami pasti anda mesti mempunyai bakat-bakat terpendam...seperti
Graphic, Video Editor, Sound / Music Editor, 3 Dimension( 3D ),
Adobe After Effect dan banyak lagi....Okay....apa salahnya...
anda menyertai kami....??


TETAPI...!!! Tak perlulah sebegini....

Persoalan yang sering bermain difikiran Rakyat Malaysia....

1. "Nak wat ape join? Leh dpt duet ke?" 
2. "Ni production baru lagi, tak boleh kemana pun.." 
3. "Aku nak jawatan yg besar2, baru boleh join!" 
4. "Aku boleh jadi terkenal macam artis ke??" 
5. "kenapa nk ajak aku?"

Okay, nampak? haaaa, dalam kepala korang pun sama je kan fikirkan macam ini?
sini admin nak terangkan.. 

1. Productions ni memang belum mendapat income apa-apa lagi, jadi tiada lah gaji. Tetapi insyaAllah jika kita mempunyai skill dan membuat hasil yang gempak, kita mungkin akan dapat tawaran dari syarikat-syarikat yang berasa hendak menggunakan khidmat kita dan mungkin juga buat perniagaan sendiri.

2. Productions ni memang la baru, sebab kami orang baru nak mencuba.. kan adventure sikit, takkan nak terus meletup mcm KRU Studios atau Universal Studios pulak kan? Lagipun, ingat.. kami bukan pelajar Multimedia tau?

3. Nak jawatan besar tu boleh, tapi berdasarkan usaha dan hasil dari anda la. Tentu boleh! :)

4. Kita bukan nak terkenal, tapi kita nak menghasilkan karya2 yang bermutu supaya rakyat kita tak lagi dok kutuk-kutuk, comment yang tak membina, makian.. ohh man.. kita nak mantapkan skill yg kita semua ada supaya kita lebih power kelak.

5. Nak masuk taknak? taknak sudah! :p ni lah peluang untuk kita menunjukkan bakat2 kita. kalau tak sekarang? Bila lagi? Bermulalah dari bawah dan jangan terus mendongak ke atas.....
.........................................................................................................................................................................................................................


So, Hantar lah idea-idea anda...kepada kami...tidak kira Graphic, Muzik, Video
atau seangkatan dengannya....Mana tahu jika idea-idea anda menarik....anda akan
jadi salah seorang  crew production kami.... : )
Cuma belum bergaji je la. Tapi cukup untuk membuktikan bahawa masyarakat Malaysia mempunyai pemikiran yang kreatif dan sanggup menerima cabaran serta risiko. Dengan bakat yang ada pada korang tu, insyaAllah boleh mengasah lagi skill dan kemungkinan PSP ini terkenal disebabkan ahli-ahlinya genius dan kreatif.

Jika berminat boleh contact kami disini :


p/s : idea-idea anda akan kami promote.... : )
       dan anda juga melawat la blog kami....
       http://prince-studio.blogspot.com

No comments: